Dalam kehidupan seharian tidah sah kalau kita tidak menghadapi cabaran, dugaan, dan rintangan dalam melakukan sesuatu tugasan. Namun sebenarnya kesusahan itulah yang mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya. Kadang-kadang masalah yang dihadapi sekarang merupakan petunjuk untuk kita pada masa akan datang. sebagai contoh, jika sekiranya kita menghadapi sesuatu masalah yang memerlukan kita membuat sesuatu pilihan dan masalah tersebut pernah kita hadapi, kita lebih senang untuk membuat keputusan yang lebih baik dan masalah berulang atau penyesalan tidak akan berlaku.
motivasi dalam kehidupan memainkan peranan penting untuk membimbing kita melakukan perkara yang lebih berfaedah daripada melakukan perkara yang membuang masa.
Translate
Wednesday, 16 May 2012
Wednesday, 9 May 2012
PEMBUANGAN BAYI (SEJAK BILA LAGI???)
BUANG BAYI… SEJAK BILA LAGI???Isu pembuangan bayi ini telah lama wujud iaitu semenjak zaman Nabi Musa lagi. Ketika ini bayi lelaki dijadikan mangsa untuk dibuang. Raja yang memerintah ketika itu iaitu Firaun telah memberi arahan supaya sesiapa sahaja yang melahirkan anak perempuan dikehendaki membunuhnya kerana Firaun yakin pada ramalan tukang tilik bahawa bayi lelaki yang bakal dilahirkan akan menggugat kewibawaan pemerintahannya dan akhirnya akan menduduki takhtanya sebagai pemerintah tertinggi. Situasi sebegini juga berlaku di negara Greek dan Rom di mana mereka membuang bayi disebabkan masalah kemiskinan. Ketika zaman jahiliah iaitu zaman sebelum kedatangan Islam juga berlaku situasi membunuh bayi ini. Namun begitu, pada zaman jahiliah ini bayi perempuan pula yang menjadi mangsa. Sebahagian puak-puak akan membunuh anak perempuan mereka termasuklah menanam mereka hidup-hidup. Hal ini berkelakuan bertujuan untuk menutup malu dan menjaga maruah keluarga. Namun begitu, zaman jahiliah telah muncul kembali di alaf yang moden sekarang. Perbezaannya cuma pada zaman dahulu pembunuhan dilakukan mengikut jantina tetapi pada zaman sekarang pembuangan bayi tidak mengira jantina sama ada lelaki atau perempuan. Isu ini masih berlaku di dalam masyarakat kita yang mempunyai nilai ketimuran yang tinggi dan mempunyai daya pemikiran yang sudah jauh ke hadapan. Masyarakat di negara kita berfikiran jahil dengan sanggup membuang anak-anak yang baru dilahirkan. Hampir setiap minggu kita disorokkan dengan berita pembuangan bayi ini melalui media cetak mahupun elektronik dan kebanyakannya ditemui dalam keadaan yang mengerikan (www.jais.com.my).
Thursday, 3 May 2012
Masalah Pembuangan Bayi
PENGENALAN
|
Pembuangan bayi merupakan
perbuatan manusia yang membuang atau meninggalkan sahaja bayi untuk tempoh masa
yang panjang. Pembuangan bayi ini
berlaku di kawasan awam mahupun di kawasan terbuka dengan niat untuk
menghapuskan bayi tersebut dalam kehidupan mereka (Kaye, Borenstein &
Donnelly, 1990). Pembuangan bayi ini adalah merupakan satu
jenayah kerana niat meninggalkan dan perbuatan membuang bayi yang dilakukan adalah
pada tempat yang membahayakan sehingga menyebabkan kematian terhadap bayi tersebut.
Masalah
pembuangan bayi merupakan salah satu masalah sosial pada hari ini yang kritikal
dan mempunyai peningkatan kes yang kronik saban hari. Masalah ini semakin teruk adalah disebabkan
oleh timbulnya banyak kes wanita mengandung yang tidak dirancang iaitu
mengandung anak luar nikah yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Wanita ini melakukan perbuatan membuang bayi
adalah disebabkan oleh tekanan terhadap status bayi mereka yang menyebabkan
mereka berasa malu dan tidak mahu bertanggungjawab terhadap bayi tersebut menyebabkan
berlakunya pembuangan bayi dan keguguran bayi.
Tambahan pula, gadis yang bermasalah ini berasa takut di atas perbuatan
terkutuk mereka akan diketahui oleh keluarga menyebabkan mereka membuang bayi
tersebut.
Pembuangan
bayi merupakan tindakan yang zalim kerana kebanyakkan bayi yang telah dibuang
ditemui mati dalam keadaan yang menyayat hati dan menyedihkan. Masalah ini amat membimbangkan kerana terdapat
bayi yang dibuang mati digonggol oleh anjing, mati kelemasan, mati terjatuh
dari tempat tinggi dan sebagainya.
Bayi merupakan anugerah yang tidak
ternilai tetapi sesetengah individu menganggap bahawa bayi itu harus dibuang
untuk menutupi kesalahan yang dilakukan.
Terdapat beberapa langkah-langkah yang boleh di ambil bagi mencegah masalah
ini dari peringkat awal. Selain itu juga
peranan kerajaan dalam menangani masalah ini amat penting. Bagi menyelesaikan Masalah ini, semua pihak
haruslah bekerjasama bagi menyelesaikan dan mencegah masalah ini daripada terus
berlaku.
Definisi Pembuangan Bayi
|
Menurut
Anitayahya (2007) Pembuangan bayi ataupun pengguguran bayi membawa maksud
sebagai satu proses penamatan bayi atau janin yang dikandung oleh ibu yang
hamil sama ada bayi tersebut cukup bulan ataupun tidak cukup bulan dengan
tujuan untuk memusnahkan janin tersebut.
Pembuangan bayi ini merupakan satu jenayah yang teruk dan kejam kerana
tanpa sikap yang berperikemanusian seseorang individu sanggup membunuh seorang
bayi yang tidak berdosa bagi menutupi kesalahan yang dilakukan mereka.
Menurut kamus dewan edisi ke-4 (2008),
perkataan buang membawa maksud sesuatu perbuatan yang mencampakkan,
melemparkan, menghapuskan dan menghilangkan.
Manakala perkataan bayi membawa maksud sebagai anak kecil yang baru
dilahirkan oleh seorang wanita. Oleh
itu, pembuangan bayi pula didefinisikan sebagai perbuatan mencampakkan atau
menghapuskan anak kecil yang tidak bersalah dan berdosa dengan sikap yang tidak
berperikemanusiaan. Pembuangan bayi ini
dilakukan di merata tempat tidak kira di tempat awam seperti masjid, stesen
bas, kedai makan dan kedai makan dan pembuangan bayi ini juga dilakukan di
tempat yang tersembunyi seperti dalam tong sampah dan di dalam sungai.
Selain itu juga pembuangan bayi juga
boleh didefinisikan sebagai perbuatan seseorang individu yang telah membuang
bayi mereka di tempat awam. Kebanyakkan
wanita yang membuang bayi tersebut adalah golongan muda, belum berkahwin,
keadaan fizikal yang sihat dan mengandung buat kali pertama (Kaye, Borenstein
& Donnelly, 1990). Wanita-wanita yang melakukan perbuatan ini
biasanya kurang matang dalam mengawal emosi mereka dan tidak boleh menyelesaikan masalah mereka
dengan baik (Drescher-Burke, Krall & Penick, 2004).
Wanita yang membuang bayi mereka
atau membunuh bayi yang baru dilahirkan secara umumya tidak mempunyai rancangan
untuk kelahiran atau penjagaan anak-anak mereka dan tidak menerima rawatan
ketika hamil. Antara sebab-sebab
berlakunya pembunuhan dan pembuangan bayi tidak bersalah ini adalah bayi
tersebut merupakan anak luar nikah, rogol, pelacuran, hubungan sumbang dan
melihat bahawa kelahiran bayi tersebut menjadi penghalang dalam mencapai
sesuatu matlamat (Pitt & Bale, 1995).
Subscribe to:
Posts (Atom)